Tuesday, May 29, 2012

Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan



Bagaimana Memperbaharui Pendaftaran Perniagaan?
1. Permohonan Pembaharuan Perniagaan boleh dibuat dalam masa 3 bulan sebelum tarikh tamat pendaftaran tamat atau pembaharuan terdahulu menggunakan Permohonan Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan.
2. Pembaharuan pendaftaran perniagaan boleh dibuat bagi satu jangkamasa satu (1) dan tidak melebihi lima (5) tahun pada setiap pembaharuan.
3. Perniagaan yang telah tamat melebih 12 bulan tidak boleh diperbaharui. Pemilik perlu mendaftar semula perniagaan tersebut.

Sunday, May 27, 2012

Permulaan Perniagaan Milik Tunggal/Perkongsian



Perniagaan meliputi tiap-tiap bentuk tred, perdagangan, pekerjaan, profesion, atau aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud-maksud mendapat keuntungan, tetapi tidak meliputi apa-apa jawatan atau penggajian atau apa-apa pengusahaan amal atau apa-apa kerja yang dinyatakan dalam jadual di bawah peruntukan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dan Kaedah-kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957.
Dua (2) bentuk perniagaan:
  1. Perniagaan Tunggal - Perniagaan dimiliki sepenuhnya oleh seorang (1) pemilik
  2. Perniagaan Perkongsian - Perniagaan dimilki oleh  sekurang-kurangnya dua (2) orang dan tidak melebihi dua puluh (20) rakan kongsi
Perniagaan boleh didaftarkan menggunakan nama sendiri atau nama tred
(i) Nama sendiri – Perniagaan yang menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan tidak perlu membuat permohonan kelulusan nama
(ii) Nama Tred – Lengkapkan Borang Permohonan Kelulusan Nama Perniagaan 
Kelulusan nama perniagaan tertakluk kepada Kaedah 15, Kaedah Pendaftaran perniagaan 1957.
Pendaftaran baru perniagaan boleh boleh dibuat bagi jangkamasa satu (1) tahun  dan tidak melebihi lima (5) tahun pada setiap pendaftaran.

Siapa yang boleh menghantar permohonan?
Pemilik Perniagaan/Salah seorang rakan kongsi